Laluan tikus

Laluan tikus dikaitkan dengan laluan tidak sah antara sesebuah negara. Sempadan sesebuah negara memang mudah diceroboh kerana kerajaan tidak mampu memagar sepanjang sempadan yang begitu panjang.Jerman Timur pernah membina Tembok Berlin bagi menyekat penghijrahan penduduk Jerman Timur ke Jerman Barat yang terlalu banyak, tetapi usaha itu tidak berjaya , malah dirobohkan pada tahun 1989.Di Malaysia, laluan tikus merujuk kepada laluan tanpa memerlukan anda menunjukkan pasport antarabangsa kepada para pegawai kastam dan imigresen . Antaranya ialah di antara Malaysia dengan Thailand , Malaysia dengan Indonesia dan Malaysia dengan Brunei. Laluan tikus lebih ketara di Sarawak.Laluan tikus boleh menyebabkan pengedaran dadah, barang tanpa kawalan dan lebih bahaya lagi kemasukan pendatang tanpa izin .Baru-baru ini pula timbul ahli Jemaah Islamiah disyakki cuba memasuki Malaysia melalui laluan tikus ini.